DIP. TEK. ELEKTRIK KUASA

DIP. TEK. ELEKTRIK KUASA
SELAMAT DATANG KE BLOG DEK

Monday, October 10, 2011

PERTOLONGAN CEMAS


-     Satu kaedah memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan
-     Tujuan pertolongan cemas :
(i)            untuk menyelamatkan nyawa
(ii)           mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk
(iii)          mengurangkan kesakitan
-     Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah mengetahui kaedah yang betul untuk melaksanakannya dan mendapat latihan daripada agensi yang diiktiraf seperti PBSM, Persatuan St. John Ambulance dan sebagainya.
-     Beberapa jenis kecederaan dan kemalangan yang kerap berlaku seperti terkena renjatan elektrik, termakan atau terminum racun, serangan jantung, sawan, pitam, luka dan terbakar

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMULIHAN JANTUNG DAN PARU-PARU (CPR)
-     Kepada mangsa dewasa yang mengalami ketiadaan nafas dan nadi
1.   Tahap Kesedaran
·      Tepuk mangsa
·      Panggil namanya
·      Tanya keadaannya
2.   Kedudukan mangsa
·      mangsa yang tertiarap hendaklah ditelentangkan di atas permukaan rata dan keras
3.   Buka saluran pernafasan mangsa
·      Dongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa untuk membuka saluran pernafasan
·      Ingat : Lidah dan ”epiglotis” menutup saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri
4.   Pemeriksaan
·      Lakukan pemeriksaan terhadap mangsa untuk mengenal pasti keadaannya dengan mendongakkan kepala mangsa pada sudut 90°
·      Lakukan penilaian/pemeriksaan dengan 3M :
(i)     Mendengar hembusan nafas mangsa
(ii)    Melihat dada mangsa sama ada naik/turun
(iii)   Merasa dengan pipi hembusan nafas mangsa
5.   Berikan hembusan udara luar
·      Pastikan sama ada mangsa bernafas atau tidak
·      Jika mangsa tidak bernafas : berikan 2 hembusan setiap 1.5 saat
·      Caranya : 1. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk anda
                 2. Tekup mulut anda ke mulut mangsa dengan rapat
                 3. Lepaskan hembusan sambil memerhatikan pergerakan dada mangsa
                 4. Sebelum member hembusan kedua, beri peluang paru-paru mangsa
                     mengempis
1.   Periksa nadi karotid
·      Pastikan sama ada nadi mangsa berdenyut atau tidak
·      Periksa nadi mangsa selama 5 – 10 saat
2.   Cara meletakkan tangan untuk melakukan tekanan dada luar
·      Jika nadi mangsa tidak berdenyut :
-       Cari kedudukan yang sesuai dibahagian bawah tulang dada mangsa
3.   Cara melakukan tekanan
·      Luruskan kedua-dua lengan sambil memandang tepat ke dada mangsa
·      Tekan 15 kali mengikut kiraan 1 hingga 10 sambung 1 hingga 5
·      Tekan sedalam 1.5 hingga 2 inci sebanyak 80 hingga 100 kali dalam masa 1 minitMATAN
4.     4 kitaran lengkap
·    Lakukan 2 hembusan pernafasan diikuti dengan 15 kali tekanan berturut-turut sebanyak
  4   kitaran
5.      Periksa semula nafas dan nadi
·                   Periksa nafas dan denyutan nadi serentak
·                   Jika tiada nafas tetapi ada nadi – berikan hembusan sahaja sebanyak 12 kali dalam
            1 minit (1 kali setiap 5 saat)
·                       Periksa semula nafas dan denyutan nadi serentak
6.      Baringan pemulihan
·                       Baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

MERAWAT MANGSA RENJATAN ELEKTRIK
-        Lazimnya mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan terkena denyutan jantung
-        Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan berkemungkinan mengalami kecederaan dalaman
Tindakan yang perlu diambil
1.      Segera matikan bekalan sekiranya masih ada arus mengalir
2.      Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup.
Lebih lama arus mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti
3.      Alihkan mangsa dari kawasan bahaya
4.      Berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya jika perlu 


No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme