-
Keselamatan penting untuk mengelakkan kemalangan nyawa
dan harta benda
-
Tiga
kategori :
1. Keselamatan diri
- perlu diutamakan dalam melaksanakan sesuatu tugas atau
kerja
- kemalangan boleh berlaku disebabkan
oleh KECUAIAN.
-
Peraturan yang lazim dipatuhi iaitu :
(a) Cara berpakaian
(b) Sikap
(c) Keadaan fizikal
2. Keselamatan alat dan perkakas elektrik
- sentiasa dalam keadaan baik dan
dilengkapi dengan ciri keselamatan yang ditetapkan
- mempunyai
ciri-ciri keselamatan :
(a)
Penebatan
- ialah
kaedah melindungi, menyalut dan mengasingkan pengalir dengan
menggunakan penebat untuk menghalang pengaliran arus
-
Bahan penebat mempunyai rintangan yang tinggi
-
Antara bahan penebat : getah, polivinil klorida dan
bakelit
(b)
Pembumian
- ialah kaedah penyambungan bahagian logam
kepada jisim bumi dalam pemasangan
elektrik
-
Tujuan untuk melindungi pengguna daripada terkena
renjatan bila berlaku aliran arus pada bahagian logam atau sistem pendawaian
-
Pembumian yang baik apabila litar pengguna dapat
diputuskan oleh pemutus litar arus baki (PLAB) ketika berlaku kebocoran arus ke
bumi
(c) Peranti
pelindung
-
Peranti yang bertindak memutuskan litar bila berlaku lebihan arus dalam litar
-
2 jenis peranti pelindung yang digunakan ialah fius dan
pemutus litar
-
Nilai kadaran arus bergantung kepada kuantiti arus yang
digunakan oleh satu-satu alat dan perkakas elektrik
-
Mempunyia tanda kelulusan SIRIM dapat menjamin ciri
keselamatan tambahan
3. Keselamatan bengkel dan persekitaran
- Bengkel merupakan tempat untuk
melakukan kerja-kerja amali dalam bidang kejuruteraan
- Beberapa
peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh pelajar :
i) susun atur semua peralatan dan perabot
sentiasa kemas dan selamat
ii) bengkel mempunyai sistem pengudaraan yang
baik
iii) pencahayaan yang mencukupi
iv)
ruang kerja dan persekitaran yang bersih
v)
tidak bising supaya semua arahan guru atau penyelia dapat didengar
dengan jelas
vi)
kedudukan alat pemadam kebakaran mudah dicapai semasa kebakaran
vii)
memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan
viii)
lengkapkan diri dengan latihan kebakaran, setiap pelajar perlu menjalani
latihan
kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun
ix)
Kenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas lengkap dan laporkan kepada
guru
sekiranya
ianya tidak lengkap atau rosak
KESELAMATAN
KESAN
KEMALANGAN ELEKTRIK
-
kemalangan boleh berlaku dan meninggalkan kesan yang
buruk jika aspek keselamatan tidak diambil perhatian berat atau diabaikan
1. Renjatan
Elektrik
-
Berlaku disebabkan pengaliran arus elektrik dengan kadar
tertentu ke dalam tubuh mangsa secara tidak sengaja
-
Berpunca dari penebatan yang kurang baik, pembumian yang
kurang sempurna atau penggunaan pemutus litar arus baki yang rosak
-
Kesan renjatan elektrik terbahagi kepada 3 peringkat : -
(a) Kadaran
arus : 1 mA
Kesan
renjatan : Renjatan ringan
(b) Kadaran arus
: 10 mA
Kesan renjatan :
Renjatan kuat hingga menyebabkan lecur dan hilang kawalan otot
(c) Kadaran
arus : 100 mA dan lebih
Kesan renjatan :
Renjatan yang mungkin menyebabkan kematian
2. Lecur
-
Boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa
- Lecur terbahagi kepada 3 tahap :
(a)
Tahap 1 -
menampakkan tanda kemerah-kemerahan pada kulit
(b)
Tahap 2 -
menyebabkan kulit menggelembung dan mengandungi cecair
(c)
Tahap 3 - lecur
hingga ke bahagian tubuh yang menyebabkan kegagalan otot dan tahap
yang
paling teruk serta memerlukan rawatan pakar untuk memulihkan mangsa
3. Kebakaran
- Tragedi yang boleh terjadi berpunca
daripada pelbagai sebab termasuklah akibat pengaliran arus elektrik yang
berlebihan
-
Di Malaysia kebakaran terbahagi kepada empat iaitu :
(i)
Kebakaran Kelas A - bahan pepejal berunsur organik seperti kayu,
kertas, kain dan
sebagainya
(ii)
Kebakaran Kelas B - terdiri daripada bahan cecair iaitu minyak,
petrol, diesel, turpetin
dan yang
seumpamanya
(iii)
Kebakaran Kelas
C - berpunca daripada gas seperti
metana, butana dan sebagainya
(iv)
Kebakaran Kelas D
- terdiri daripada kebakaran logam
-
Kebakaran berpunca daripada kerosakan eletrik tergolong
dalam pelbagai kelas bergantung pada dimana pendawaian dan pemasangan elektrik
dibuat atau jenis bahan yang digunakan
-
Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik
disebabkan oleh :
(i)
Kerosakan
penebatan kabel boleh menyebabkan litar pintas
(ii)
Kerosakan sistem pembumian
(iii)
Kegagalan peranti pelindung berfungsi
(iv)
Percikan
bunga api
(v)
Kerosakan penangkap kilat
-
Terdapat 4 jenis bahan pemadam api yang digunakan untuk
mengawal kebakaran :
(1) Bahan
: Air
Warna
tabung : Merah
Kegunaan
: Memadam kebakaran kelas A
(2) Bahan : Buih kimia
Warna tabung : Putih kekuningan
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas A dan B
(3) Bahan
: Karbon Dioksida
Warna tabung : Hitam
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas B,C dan D
(4) Bahan : Debu Kering
Warna tabung
: Biru muda
4. Letupan
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas A,B,C dan D
- Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran yang besar yang mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
- Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali berpunca
daripada litar pintas antara kabel hidup dan neutral
- Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran yang besar yang mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
No comments:
Post a Comment