DIP. TEK. ELEKTRIK KUASA

DIP. TEK. ELEKTRIK KUASA
SELAMAT DATANG KE BLOG DEK

Friday, October 21, 2011

SEMINAR KESELAMATAN 2011

Satu Seminar Keselamatan akan diadakan di ADTEC SA, butiran lanjut adalah seperti berikut :



tarikh : 24 oktober 2011
masa : 8 am-2 pm
tempat : dewan kuliah utama, ADTECSA

seramai hampir 250 orang pelajar dan jemputan yang terlibat pada progrm ini yang terdiri daripada ILP Kuala Lumpur, ILP Ulu Langat , POLITEKNIK Merlimau dan juga peserta dari jabatan kejuteraan elektrik ADTECSA.

Monday, October 17, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............



http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.informasi.my%2Fbetapa-berharganya-seorang-wanita%2F&h=gAQBI58QcAQA8A7mwv8KN3QDI7x617RecaUkKrfnVi2fJkw

career for citizens in malaysia berhad 2011

please follow the link below for more information

Thursday, October 13, 2011

motor control

disini juga terdapat sedikit nota berkaitan  motor control, litar kawalan dan sebagainya..jika ada masalah mendownload sila cuba sekali lagi...
selamat mendownload...
:)
http://www.mediafire.com/?2gkay8ahcxbxxn3

kapasitor bank

kepada sesiapa yang berminat atau ingin membuat rujukan disini saya sertakan sedikit maklumat berkaitan kapasitor bank, semoga ia mampu memberi pengetahuan dan maklumat buat anda. sila download di link dibawah...
selamat mendownload
:)

Monday, October 10, 2011

MENJADI ORANG YANG SIBUK


PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN SEMUA YANG NAK DIINGATKAN...

Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Eh, betulkah? Memang benar. Justeru orang yang sibuk sahaja akan menguruskan masa mereka dengan baik. Orang sibuk sahaja dapat memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak – mana yang utama, mana yang penting.
Tetapi sebelum itu, yang paling penting tanyakan diri terlebih dahulu, sibuk itu untuk apa? Sibuk atau buat-buat sibuk. Sibuk atau menyibuk? Sebagai muslim, sibuk kita mesti disebabkan kerana ibadah. Tidak kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja kehidupan mengikut prinsip-prinsip ibadah, nescaya kesebokan kita berbaloi. Sebok kerana Allah.
Untuk mengatur prioriti pelajari atau telaah sedikit apa yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam fiqh aulawiyat. Insya-Allah, banyak panduan di sana. Ah, malu kita dengan para sahaba, masa yang diberikan kepada mereka dan kita sama sahaja, tetapi mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan Islam. 3/4 daripada mereka meninggal dunia di luar jaziratul Arab. Sampai ke Cyprus, India, China dan Asia. Tanpa kapal terbang, tanpa kemudahan IT dan alat-alat canggih seperti yang dimiliki kita hari ini. Sibuk, ya mereka sibu sekali.
Kita? Wah, berapa banyak masa di hadapan TV? Berapa banyak masa membaca Al-Quran berbanding membaca Koran (akhbar). Kalau nak dikatakan sibuk, memang sibuk. Ada diantara kita yang sambil memandu atau menunggang motosikal masih sempat ber'SMS'. Menguyah makanan sambil berbual di telifon bimbit. Yang berkerja sambil tidak sempat menziarah ibu-bapa di kampung. Mahasiswa/i atau pelajar di IPT dan IPTA  'terlupa' menalifon ibu-bapa. Sibuk sANGAT
Manusia menjadi hamba apa yang dicintainya. Apa yang kita cintai? Itulah yang akan menyibukkan kita. Ingat, musuh perkara yang 'lebih penting' ialah perkara yang penting. Para sahabat sudah merasa berdosa jika mereka tersilap dalam memilih keutamaan dalam melakukan kebaikan – "khilaful Aula".
Kekadang mereka merasakan begitu sukar memilih antara bersedekah dengan solat sunat, berdakwah dengan berniaga, berjihad dengan menuntut ilmu, antara yang baik itu, mana yang lebih baik mengikut masa, situasi dan kondisi. Mereka cintakan Allah, mereka disibukkan kerana Allah.
Dengar apa yang dirintihkan oleh Sayidina Umar Al Khattab, "aku tidak tidur di malam hari, bimbang urusan ku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur di siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai." Ertinya apa? Ya, Umar adalah individu yang paling "sibuk"sewaktu memimpin urusan umat Islam.
Ditengah-tengah kekalutan dan keserabutan kita, kononnya terlalu sibuk, "pause" sebentar. Renungi dalam-dalam, panjang-panjang, apa yang sebenarnya kita sebokkan? Bimbang, kesebokkan kita ada satu "deraan" yang kita cipta sendiri akibat membelakangkan kecintaan Allah.
Stress, "tension", boring, adalah toksid baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Safie, "peredaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya."
Syaitan, musuh yang tidak pernah tidur. Malaikat, pencatat setia setiap masa. Siapa temanmu dalam kesebokan waktu? Suara siapa yang sering berbisik di hatimu? Ilham dari para malaikat atau waswas yang datang daripada syaitan. Kasih-sayang Allah sesungguhnya masih sudi singgah di hati yang berdosa.
Kekadang "jemputan ke daerah kebaikan" singgah secara tiba-tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba-tiba berbisik, "sampai bila aku harus begini..." Kata hukama, "apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!"
Jangan berlengah lagi wahai diri, perhatikan kesibukan mu.  Untuk siapa, apa, kenapa dan ke mana? Jika ternyata, sudah tersasa, menghindarkan kesibukan kita di akhirat. Kesibukan di akhirat itu Neraka! Syurga itulah tempat rehat kita. Allahumma zukna. Amin.
SUMBER :

PERTOLONGAN CEMAS


-     Satu kaedah memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan
-     Tujuan pertolongan cemas :
(i)            untuk menyelamatkan nyawa
(ii)           mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk
(iii)          mengurangkan kesakitan
-     Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah mengetahui kaedah yang betul untuk melaksanakannya dan mendapat latihan daripada agensi yang diiktiraf seperti PBSM, Persatuan St. John Ambulance dan sebagainya.
-     Beberapa jenis kecederaan dan kemalangan yang kerap berlaku seperti terkena renjatan elektrik, termakan atau terminum racun, serangan jantung, sawan, pitam, luka dan terbakar

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMULIHAN JANTUNG DAN PARU-PARU (CPR)
-     Kepada mangsa dewasa yang mengalami ketiadaan nafas dan nadi
1.   Tahap Kesedaran
·      Tepuk mangsa
·      Panggil namanya
·      Tanya keadaannya
2.   Kedudukan mangsa
·      mangsa yang tertiarap hendaklah ditelentangkan di atas permukaan rata dan keras
3.   Buka saluran pernafasan mangsa
·      Dongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa untuk membuka saluran pernafasan
·      Ingat : Lidah dan ”epiglotis” menutup saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri
4.   Pemeriksaan
·      Lakukan pemeriksaan terhadap mangsa untuk mengenal pasti keadaannya dengan mendongakkan kepala mangsa pada sudut 90°
·      Lakukan penilaian/pemeriksaan dengan 3M :
(i)     Mendengar hembusan nafas mangsa
(ii)    Melihat dada mangsa sama ada naik/turun
(iii)   Merasa dengan pipi hembusan nafas mangsa
5.   Berikan hembusan udara luar
·      Pastikan sama ada mangsa bernafas atau tidak
·      Jika mangsa tidak bernafas : berikan 2 hembusan setiap 1.5 saat
·      Caranya : 1. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk anda
                 2. Tekup mulut anda ke mulut mangsa dengan rapat
                 3. Lepaskan hembusan sambil memerhatikan pergerakan dada mangsa
                 4. Sebelum member hembusan kedua, beri peluang paru-paru mangsa
                     mengempis
1.   Periksa nadi karotid
·      Pastikan sama ada nadi mangsa berdenyut atau tidak
·      Periksa nadi mangsa selama 5 – 10 saat
2.   Cara meletakkan tangan untuk melakukan tekanan dada luar
·      Jika nadi mangsa tidak berdenyut :
-       Cari kedudukan yang sesuai dibahagian bawah tulang dada mangsa
3.   Cara melakukan tekanan
·      Luruskan kedua-dua lengan sambil memandang tepat ke dada mangsa
·      Tekan 15 kali mengikut kiraan 1 hingga 10 sambung 1 hingga 5
·      Tekan sedalam 1.5 hingga 2 inci sebanyak 80 hingga 100 kali dalam masa 1 minitMATAN
4.     4 kitaran lengkap
·    Lakukan 2 hembusan pernafasan diikuti dengan 15 kali tekanan berturut-turut sebanyak
  4   kitaran
5.      Periksa semula nafas dan nadi
·                   Periksa nafas dan denyutan nadi serentak
·                   Jika tiada nafas tetapi ada nadi – berikan hembusan sahaja sebanyak 12 kali dalam
            1 minit (1 kali setiap 5 saat)
·                       Periksa semula nafas dan denyutan nadi serentak
6.      Baringan pemulihan
·                       Baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

MERAWAT MANGSA RENJATAN ELEKTRIK
-        Lazimnya mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan terkena denyutan jantung
-        Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan berkemungkinan mengalami kecederaan dalaman
Tindakan yang perlu diambil
1.      Segera matikan bekalan sekiranya masih ada arus mengalir
2.      Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup.
Lebih lama arus mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti
3.      Alihkan mangsa dari kawasan bahaya
4.      Berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya jika perlu 


KESELAMATAN

KESELAMATAN
PENGENALAN
-     Keselamatan penting untuk mengelakkan kemalangan nyawa dan harta benda
-     Tiga kategori :


1.  Keselamatan diri
     - perlu diutamakan dalam melaksanakan sesuatu tugas atau kerja
         - kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh KECUAIAN.
         - Peraturan yang lazim dipatuhi iaitu :
(a)    Cara berpakaian
(b)    Sikap
(c)    Keadaan fizikal

      2. Keselamatan alat dan perkakas elektrik
     - sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang ditetapkan
     - mempunyai ciri-ciri keselamatan :

       (a) Penebatan
            - ialah kaedah melindungi, menyalut dan mengasingkan pengalir dengan
              menggunakan penebat untuk menghalang pengaliran arus
-  Bahan penebat mempunyai rintangan yang tinggi
-  Antara bahan penebat : getah, polivinil klorida dan bakelit

       (b) Pembumian
            -  ialah kaedah penyambungan bahagian logam kepada jisim bumi dalam pemasangan
               elektrik
-  Tujuan untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan bila berlaku aliran arus pada bahagian logam atau sistem pendawaian
-  Pembumian yang baik apabila litar pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar arus baki (PLAB) ketika berlaku kebocoran arus ke bumi

       (c) Peranti pelindung
            - Peranti yang bertindak memutuskan litar bila berlaku lebihan arus dalam litar
-  2 jenis peranti pelindung yang digunakan ialah fius dan pemutus litar
-  Nilai kadaran arus bergantung kepada kuantiti arus yang digunakan oleh satu-satu alat dan perkakas elektrik
-  Mempunyia tanda kelulusan SIRIM dapat menjamin ciri keselamatan tambahan 
 3. Keselamatan bengkel dan persekitaran
     - Bengkel merupakan tempat untuk melakukan kerja-kerja amali dalam bidang kejuruteraan

     - Beberapa peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh pelajar :
                   i)     susun atur semua peralatan dan perabot sentiasa kemas dan selamat
                   ii)    bengkel mempunyai sistem pengudaraan yang baik
                   iii)   pencahayaan yang mencukupi
                   iv)   ruang kerja dan persekitaran yang bersih
                   v)    tidak bising supaya semua arahan guru atau penyelia dapat didengar dengan jelas
                   vi)   kedudukan alat pemadam kebakaran mudah dicapai semasa kebakaran
                   vii)  memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan
                   viii) lengkapkan diri dengan latihan kebakaran, setiap pelajar perlu menjalani latihan
               kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun
                   ix)   Kenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas lengkap dan laporkan kepada guru
               sekiranya ianya tidak lengkap atau rosak
 KESELAMATAN
KESAN KEMALANGAN ELEKTRIK
-     kemalangan boleh berlaku dan meninggalkan kesan yang buruk jika aspek keselamatan tidak diambil perhatian berat atau diabaikan

1.   Renjatan Elektrik
-  Berlaku disebabkan pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke dalam tubuh mangsa secara tidak sengaja
-  Berpunca dari penebatan yang kurang baik, pembumian yang kurang sempurna atau penggunaan pemutus litar arus baki yang rosak
-  Kesan renjatan elektrik terbahagi kepada 3 peringkat : -
(a)   Kadaran arus    : 1 mA
Kesan renjatan :  Renjatan ringan
(b)   Kadaran arus    : 10 mA
Kesan renjatan :  Renjatan kuat hingga menyebabkan lecur dan hilang kawalan otot
(c)   Kadaran arus    : 100 mA dan lebih
Kesan renjatan :  Renjatan yang mungkin menyebabkan kematian
2.   Lecur
-  Boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa
-  Lecur terbahagi kepada 3 tahap :

(a)   Tahap 1 - menampakkan tanda kemerah-kemerahan pada kulit

(b)   Tahap 2 - menyebabkan kulit menggelembung dan mengandungi cecair

(c)   Tahap 3 - lecur hingga ke bahagian tubuh yang menyebabkan kegagalan otot dan tahap
yang paling teruk serta memerlukan rawatan pakar untuk memulihkan mangsa

3.   Kebakaran
-  Tragedi yang boleh terjadi berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah akibat pengaliran arus elektrik yang berlebihan

-  Di Malaysia kebakaran terbahagi kepada empat iaitu :
(i)               Kebakaran Kelas A -  bahan pepejal berunsur organik seperti kayu, kertas, kain dan
                               sebagainya
(ii)              Kebakaran Kelas B -  terdiri daripada bahan cecair iaitu minyak, petrol, diesel, turpetin
                                     dan yang seumpamanya
(iii)             Kebakaran Kelas C -  berpunca daripada gas seperti metana, butana dan sebagainya
(iv)   Kebakaran  Kelas D -  terdiri daripada kebakaran logam

-  Kebakaran berpunca daripada kerosakan eletrik tergolong dalam pelbagai kelas bergantung pada dimana pendawaian dan pemasangan elektrik dibuat atau jenis bahan yang digunakan
-  Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik disebabkan oleh :
(i)              Kerosakan penebatan kabel boleh menyebabkan litar pintas
(ii)             Kerosakan sistem pembumian
(iii)            Kegagalan peranti pelindung berfungsi
(iv)   Percikan bunga api
(v)            Kerosakan penangkap kilat

-  Terdapat 4 jenis bahan pemadam api yang digunakan untuk mengawal kebakaran :
(1)   Bahan : Air
Warna tabung : Merah
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas A 
(2)   Bahan : Buih kimia 
      Warna tabung : Putih kekuningan
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas A dan B 
(3)   Bahan : Karbon Dioksida
      Warna tabung : Hitam
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas B,C dan D 
       (4) Bahan : Debu Kering
      Warna tabung : Biru muda
4.   Letupan
Kegunaan : Memadam kebakaran kelas A,B,C dan D 
- Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup dan neutral

-  Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran yang besar yang mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda









powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme