Kepentingan Dan Keperluan Tenaga
Elektrik Dalam Kehidupan Seharian:
- untuk kegunaan domestik,
kebanyakan peralatan elektrik dan elektronik seperti lampu,
komputer, peti sejuk, penyaman
udara dan lain-lain menggunakan tenaga elektrik.
- untuk kegunaan industri, tenaga
elektrik digunakan untuk menjalankan mesin bagi aktiviti
pengeluaran.
1-
Tenaga haba – arus melalui elemen pemanas yang
menghasilkan haba,contohnya seterika, periuk elektrik dan lain-lain.
2-
Tenaga cahaya –arus mengalir melalui filemen yang
menghasilkan cahaya, contohnya lampu dan lain-lain.
3-
Tenaga mekanik – arus melalui gegelung dan menghasilkan
medan magnet menyebabkan pemutar berputar.
4-
Tenaga bunyi – arus melalui litar elektronik yang
menukarkan tenaga elektik kepada tenaga bunyi melalui pembesar suara.
Sumber
Tenaga Elektrik
1-
Geseran antara dua bahan, contohnya pembaris plastik dan kain
sutera akan menghasilkan daya elektrostatik
2-
Tindak balas kimia antara dua bahan
contohnya zink dan kuprum diletakkan di dalam elektrolit akan menghasilkan cas
elektrik yang dikenali sebagai tindak balas elektrokimia.
3- Tekanan yang
berbeza-beza ke atas permukaan hablur akan menghasilkan voltan. Kesan ini dikenali sebagai piezoelektrik.
4- Cahaya yang
dikenakan keatas permukaan logam tertentu seperti selenium akan menghasilkan
voltan. Kesan ini
dikenali sebagai fotoelektrik.
5- Magnet boleh
menghasilkan voltan apabila pengalir memotong medan magnet. Kesan ini dikenali sebagai kesan
aruhan elektromagnet.
6- Haba yang
dikenakan keatas dua dawai logam akan menghasilkan voltan. Kesan ini dikenali sebagai kesan seebeck.
Sumber
Pengerak Utama Penjanaan Elektrik
1- Hidro
2- Bahan api
3- Gas asli
4- Nuklear
5- Ombak
6- Angin
Penjanaan, Penghantaran Dan Pengagihan Tenaga Elektrik.
Penjanaan
- Proses penjanaan tenaga elektrik
dilakukan di stesen janakuasa oleh penjana dimana berlaku
pemotongan urat daya magnet oleh
pengalir.
- Dua jenis arus elektrik yang
dijanakan iaitu arus terus (AT) dan arus ulangalik (AU)
- Di Malaysia, terdapat tiga jenis
stesen janakuasa iaitu stesen janakuasa terma, hidro dan gas.
- Nilai voltan yang dijanakan di
stesen janakuasa ialah 11kV.
Penghantaran
- Proses menghantar tenaga elektrik
dari stesen janakuasa ke pencawang masuk utama.
- Voltan janaan 11kv akan dinaikkan
menggunakan pengubah langkah naik kepada voltan Grid
Nasional iaitu 132kV, 275kV dan
500kV.
- Tujuan menaikkan nilai voltan
ialah merendahkan arus, menggunakan kabel bersaiz lebih kecil,
mengurangkan kepanasan kabel dan
voltan susut.
Pengagihan
- Proses mengagihkan tenaga elektrik
dari pencawang masuk utama kepada pengguna.
- Voltan penghantaran diturunkan
kepada 33kV atau 11kV di pencawang masuk utama
menggunakan pengubah langkah
turun.
- Dari pencawang masuk utama, voltan
dihantar ke pencawang pengagihan melalui kabel bawah
tanah atau talian atas.
- Sebelum dihantar kepada pengguna,
voltan diturunkan kepada 415V bagi sistem bekalan tiga
fasa empat dawai dan 240V bagi sistem
fasa tunggal.
Litar Pengguna
- Bekalan elektrik mesti melalui
beberapa peranti kawalan mengikut turutan sebelum sampai ke
beban.
- Tujuannya ialah melindungi keselamatan pengguna dari terkena kejutan
elektrik dan
mengelakkan kebakaran disebabkan
oleh kerosakan elektrik.
Nama peranti
|
Fungsi
|
Kotak
simpang
|
Menyambung talian bekalan ke fius perkhidmatan
|
Fius
perkhidmatan
|
(i)
Menghadkan
arus pengguna
(ii) Memutuskan
litar apabila berlaku lebihan arus
|
Penghubung
neutral
|
Menyambung talian neutral ke punca pengguna
|
Meter
KWJ
|
Merekod jumlah penggunaan elektrik pengguna
|
Suis
utama berfius
|
(i)
Menyambung
dan memutuskan litar
(ii) Memutuskan
litar apabila berlaku lebihan arus
|
Pemutus
litar arus baki
|
Memutuskan litar apabila berlaku arus bocor kebumi
berlaku
|
Papan
agihan
|
(i) Mengagihkan
arus ke beberapa litar akhir
(ii) Memutuskan
litar apabila berlaku lebihan arus
|
No comments:
Post a Comment